SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH SJKT AZAD

Sekolah SJKT Azad ditubuhkan pada tahun 1946 dan beroperasi dengan usaha Kesatuan Belia India Pulau Pinang. Ia terletak di Jalan Bagan Jermal,Georgetown. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada 25 orang murid dan seorang guru iaitu En.V.K.Subramaniam. mulai tahun 1947 sekolah SJKT Azad menerima bantuan kerajaan. Kemudian urusan pentadbiran sekolah diambil alih oleh Malaysian Indian Congress(MIC) Cawangan Pulau Pinang.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Azad telah dibuka dengan rasminya pada 24hb November 1946. En.T.K Thiagarajan, Yang Dipertua, Persatuan Kebudayaan dan Pendidikan India,Pulau Pinang telah merasmikan pengoperasian sekolah ini.

Enrolmen murid sekolah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kebanyakan murid-murid SJKT Azad adalah daripada kawasan Tanjung, Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Hong Seng Estate dan Mount Erskine.

Sejak tahun 1946, sekolah SJKT Azad ditempatkan di aras bawah Persatuan India Pulau Pinang(IA). Bagunan sekolah tidak kondusif dan peredaran udarah juga tidak mencukupi dan  Terlalu panas. Murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak kondusif ini selama 65 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 2011.

Beberapa guru besar SJKT Azad berusaha untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina sekolah baru. Dengan usaha yang berterusan, akhirnya SJKT Azad telah mendapat tapak baru untuk membina bangunan baru sekolah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi kelulusan untuk membina bangunan baru sekolah di  tapak yang berukuran 1 hekar iaitu berhampiran dengan tapak letak kereta Taman Belia, Jalan Kebun Bunga.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Januari 2010. JKR Pulau Pinang bertanggungjawab dalam membina bangunan baru sekolah ini. Sebelum pembinaan bermula pihak sekolah, Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG sekolah telah mengadakan upacara ‘Pemujaan tanah’ (Bumi Pooja) pada 20hb Feb 2011. Ketua Menteri Pulau Pinang (YB Lim Guan Eng) dan Timbalannya(YB Ramasamy) turut menyertai upacara ini.     

Bangunan baru sekolah SJKT Azad telah siap dalam jangka masa setahun iaitu pada bulan 14 Februari 2011.

Bangunan baru telah dibina dengan 13 buah bilik iaitu :

-         6 buah bilik darjah
-         sebuah tadika
-         sebuah bilik pusat sumber
-         sebuah bilik sains
-         sebuah makmal computer
-         sebuah bilik Kemahiran hidup
-         sebuah bilik guru
-         sebuah stor

Selain itu, kemudahan asas seperti kantin sekolah dan tandas juga telah dibina mengikut keperluan.

Seterusnya upacara bangunan baru (Geraga Peravesam) SJKT Azad telah diadakan pada 20hb Mac 2011. Upacara tersebut dilaksanakan dengan bantuan LPS,PIBG dan warga sekolah.  Berikutan daripada upacara tersebut warga SJKT Azad telah berpindah ke bangunan baru pada 28 Mac 2011.

Kini (tahun 2011) sekolah ini mempunyai seorang guru besar (Pn.S.Rajaswari) dan 10 orang guru akademik serta 86 orang murid.   

No comments:

Post a Comment